Mutiara Hadith..

"Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.."


INFO ASAS TENTANG HADIS



1) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘HADIS’?


Hadis ialah setiap kata-kata, perbuatan, pengakuan dan sifat yang datangnya daripada diri Nabi kita Muhammad s.a.w.



2) Apakah yang dimaksudkan dengan ’ SUNNAH’?


Para ulama sentiasa menggunakan perkataan ’Sunnah’ dengan maksud yang sama seperti perkataan ’hadis’. Maka dikatakan ’Al-Quran dan Hadis’ atau ’ al-Quran dan Sunah’.



3) Apakah kedudukan hadis dalam Islam?


Hadis merupakan sumber kedua dalam Islam selepas al-Quran. Ia dijadikan rujukan oleh umat Islam sepanjang zaman.



4) Adakah memadai dengan menggunakan al-Quran tanpa hadis?


Adalah tidak memadai jika hanya menggunakan al-Quran tanpa hadis kerana hadis merupakan huraian kepada maksud al-Quran. Seluruh kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. (hadis) merupakan cara perlaksanaan atau praktikal terhadap ajaran al-Quran. Malah al-Quran memerintahkan kita untuk mentaati Nabi Muhammad s.a.w.



5) Apakah buku-buku utama yang menghimpunkan hadis?


Di antara buku-buku utama yang menghimpunkan hadis ialah:
Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Musnad Ahmad, Muwatto’ Malik, Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasaai, Sunan al-Tirmidzi dan banyak lagi.



6) Apakah yang dimaksudkan dengan ’matan hadis’?


Matan ialah teks hadis dan ia merupakan penghujung rantaian hadis atau sanad. Jika kita membaca nama-nama periwayat bermula daripada Imam al-Bukhari (pengumpul hadis), ia akan berakhir dengan nama seorang sahabat Nabi dan selepas beliau, kita akan membaca teks atau matan hadis.



7) Apakah yang dimaksudkan ’sanad hadis’?


Sanad ialah rantaian periwayat (rawi) yang meriwayatkan hadis. Rantaian itu dimulai dengan sahabat nabi yang merupakan orang pertama menerima hadis itu daripada Baginda. Dia menyampaikan kepada seorang yang lain, dan begitulah seterusnya dia pula menyampaikan kepada orang yang berikutnya sepanjang zaman. Keseluruhan rantaian periwayat ini dinamakan sanad hadis.

Hadith Kelima


عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم : مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ) . رواه البخاري)


“Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak.” [Hadith riwayat Bukhari & Muslim]


:: Pokok Perbincangan Hadis ::


Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :


a) Dalam Ibadat :


Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula. (dedah kepala - ihram/ berdiri-azan)


Ibadah yang langsung tidak syar’ie ( dengan hiburan/ tarian) - tidak diterima Allah bahkan ditutuppintu taubatnya.


Menongkok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu’ empatempat) Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat).


b) Dalam Muamalat :


i) ‘Aqad yang dilarang oleh Syara’ :


--> Barang yang hendak di’aqad tidak halal.(nikah dengan mahram).


-->‘Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).


ii) ‘Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak. (nikah anak perempuan tanpa izinnya).


:: Pengajaran Hadith ::


lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.


Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya.


Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur. Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.

Hadith Keempat

:: Hakikat Kejadian Manusia ::


عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمًا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْه الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إله غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْه الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَه وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا. ( رواه البخاري ومسلم )


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai) Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. [Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim]

:: Laman Utama ::

::Detik Waktu::

:: Hiwar ::


ShoutMix chat widget
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda;" Melihatlah kepada orang yang lebihrendah darimu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." - Sahih Muslim -
Dari Abu Hurairah r.a. Dari Nabi s.a.w sabdanya;"Allah Ta'ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraanseseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang." - Sahih Muslim -
 Berita Harian
 Utusan Online
 Harian Metro
 Harakah Daily
 Malaysia Kini
Al-Jazeera
 New Straits Times Online
 The Star Online

Followers